Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 😊
Apa yang menyebabkan lingkaran hitam dibawah mata??
Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan terjadinya lingkaran di bawah mata. Sebab utamanya adalah Tahap Kesihatan dan Gaya Hidup.
Sebab-sebab berlakunya lingkaran hitam seperti;
👉 Keturunan
- Merupakan salah satu punca mengapa terjadinya lingkaran hitam. Jika anda mempunyai lapisan kulit nipis di bawah mata, anda mungkin akan mengalami lingkaran ini.
👉 Anaemia
- Kekurangan darah merah yang disebabkan oleh kurangnya jumlah iron didalam badan menyebabkan terjadinya 'dark circles'.
👉 Alahan/Allergies
- Alahan habuk juga akan menyebabkan radang dan jangkitan kulit. Oleh itu, kulit akan menjadi gelap.
👉 Dehidrasi
- Kekurangan pengambilan air menyebabkan kulit menjadi kering dan sekaligus membuatkan mata anda kelihatan tidak bermaya dan kulit bawah mata menjadi gelap.
👉 Merokok
- Kulit di bawah mata bertukar menjadi gelap kerana merokok menyebabkan masalah vaskular di dalam pembuluh darah.
Selain daripada umur semakin meningkat, stress diet, tidak seimbang dan kurang tidur juga menyebabkan anda menyebabkan anda mempunyai 'dark circles'. Jadi sekiranya, anda mendapati warna kulit di bawah mata bertukar, ianya dikira sebagai tanda-tanda lingkaran hitam di bawah mata.
Ookay.. kita sudah tahu bagaimana lingkaran hitam dibawah mata berlaku dan sekarang...Mari kita tengok pula apa bahan yang boleh membantu kita mengurangkan masalah ini 😂😂
Apa yang saya share ni, adalah sebahagian bahan-bahan yang boleh membantu dark circles anda ya, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan 😄
🍅 Tomato
Ya, tomato yang selalu kita masukkan ke dalam masakan. Mengandungi antioksidan 'lycopene' yang membantu mencerahkan kulit. Ianya kaya d3nhan nutrient seperti potassium, kalsium, sulphur dan vitamin A,B dan C. Nutrien ini membantu menyihatkan kulit, di mana ciri-ciri peluntur tomato menghilangkan kesan lingkaran hitam secara lembut.
Apa yang anda perlu ialah;
🔎 1 Biji Tomato
🔎 Jus Lemon - 1 Sudu Besar
🔪 Potong tomato dan hancurkannya sehingga lumat
🍴 Ambil 2 sudu besar tomato paste dan masukkannya ke dalam mangkuk kecil
+ 1 Sudu besar Lemon jus
❣ Campurkan keduanya sehingga sebati
❣ Ambil campuran tadi menggunakan hujung jari dan letak ia di bawah mata
⌚ Biarkan ia selama 10 minit dan cuci dengan air yang bersih
🔄 Ulangi proses ini selama 3 kali Setiap Minggu.
ATAU
Anda juga boleh menggunakan air mawar 🌹💧
Air mawar membantu menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga bertindak sebagai toner yang bagus oleh kerana ciri astrigennya. Justeru itu, air mawar mengurangkan kesan lingkaran hitam dan radang kulit dalam masa yang singkat.
Caranya;
🔎 anda hanya perlu Cotton Pad/ Facial Cotton dan Rose Water
❣ Celup Cotton Pad pada air mawar selama ⌚2 minit
❣Letakkan Cotton Pad yang sudah dicelup dengan Air Mawar di atas Mata yang tertutup
❣ Biarkan selama ⌚ 20 minit
❣ Angkat semula Cotton Pad dan cuci muka anda dengan air sejuk
❣ Ulangi proses ini selama 2 hari pada beberapa Minggu.
Alaa.. ada masa ke nak buat semua ni?? 😓
Kalau nak senang dan cepat, Saya recommend Zeeta Rose Face Serum. Produk ni 100% berasaskan Mawar Organik dan semestinya halal. Fungsinya, melembabkan, anti-aging, diperkaya dengan Omega 3&6, Vitamin C & Minyak Vitamin E dengan gandaan teknologi 30 000 I.U dalam setiap botol. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.
Lawati instagram Organik Beauty Inspired untuk maklumat lanjut atau hubungi Whatsapp 011-13198739
Comments
Post a Comment
Thanks for coming by and make sure to comment and probably subscribe 😘😋